Sanjay Dutt menang lawan barah tahap empat

Sanjay Dutt menang lawan barah tahap empat
Sanjay Dutt menang lawan barah tahap empat
A
A
A

SELEPAS dilaporkan berehat untuk menjalani rawatan kesihatan dan dikelilingi keluarga serta teman rapat yang sentiasa memberi semangat, aktor tersohor Bollywood, Sanjay Dutt mengumumkan dia akhirnya berjaya ‘menewaskan’ barah paru-paru tahap empat yang dihidapinya.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Sanjay Dutt menerusi Twitter miliknya. Dia merakamkan kesyukuran serta berkongsi keadaan sukar yang sedang dialami.

Menerusi perkongsian tersebut, Sanjay berkata, penyakit itu telah membawa banyak kepayahan dan kesulitan kepada dia dan keluarga.

"Beberapa minggu ini adalah masa yang sangat sukar bagi kami sekeluarga.

“Tetapi seperti yang mereka katakan, Tuhan memberikan pertempuran paling sukar kepada askarnya yang terkuat.

“Dan hari ini, pada hari ulang tahun anak-anak saya, saya gembira dapat keluar dari pertempuran ini dan memberi mereka hadiah terbaik iaitu kesihatan dan kesejahteraan keluarga,” katanya seperti dilaporkan India Times.

Sanjay Dutt juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat atas kasih dan doa mereka.

"Semua ini tidak mungkin berlaku tanpa kepercayaan dan sokongan yang teguh daripada semua peminat saya.

“Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua peminat yang selama ini berdiri dan menjadi sumber kekuatan saya melalui masa yang sukar ini.

“Terima kasih atas kasih, kebaikan dan doa yang tak terhitung banyaknya yang telah anda kirimkan kepada saya,” ujarnya.

Sanjay juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan kakitangankerana merawatnya dengan baik.

"Saya sangat berterima kasih kepada Dr Sewanti dan kumpulan doktor, jururawat dan kakitangan perubatannya di Hospital Kokilaben yang telah merawat saya dalam beberapa minggu terakhir,” katanya.

Sanjay Dutt yang sudah terbabit dengan lebih 150 buah filem itu juga mengumumkan akan segera kembali ke set penggambaran pada November depan.

Sanjay Dutt pada Ogos lalu sempat disyaki dijangkiti Covid 19 selepas mengadu mengalami gejala seperti sesak nafas.

Bintang sensasi ini juga pernah menulis kenyataan di akaun Instagramnya pada Ogos lalu menggesa agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi tentang kesihatannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca