SAO Progressive siri kedua penuh kejutan

A
A
A

SETELAH meraih kejayaan cemerlang menerusi filem pertamanya, Sword Art Online Progressive: Aria of a Starles Night pada tahun lalu, karya anime kegemaran ramai daripada siri novel Sword Art Online itu kini kembali dengan sekuel baharunya.

Menggunakan judul Sword Art Online Progressive: Scherzo Of Deep Night, filem arahan Ayoko Kono itu tampil dengan adaptasi kisah daripada volume keempat novel tulisan Reki Kawahara.

Anime Sword Art Online (SAO) yang mula diperkenalkan pada 2012 menceritakan tentang mereka yang masuk ke dalam dunia permainan atas talian menggunakan device Nerve Gear, di mana para pemain akan masuk ke Virtual Reality Multiplayer Role-Playing Online Game bernama SAO.

Antara babak menarik Sword Art Online Progressive: Scherzo Of Deep Night.

Setelah masuk ke dalam permainan tersebut, para pemainnya tiba-tiba terperangkap dan tidak menemukan jalan keluar, malah terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan untuk terus bertahan hidup.

Sword Art Online Progressive: Scherzo Of Deep Night akan memfokuskan kepada perjuangan karakter utamanya, Yuki Asuna dan Kirito berjuang melepaskan diri daripada perangkap permainan maut yang menjeratnya pada filem pertama.

Asuna dan Kirito kini berada di level lima yang memerlukan mereka menggunakan kebijaksaan dengan sebaiknya untuk mengatasi kekuatan musuh. Bagaimana pun ia tidak mencukupi sehingga menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada rakan-rakan lain untuk bersatu tenaga.

Tidak terkecuali Mito, bekas rakan baik Asuna yang mengkhianatinya pada filem pertama yang kembali menyebelahi dan membantu Asuna melepasi halangan lebih hebat serta mencabar di level tersebut.

Karakter Berkembang

Sekuel kali ini ternyata tampil lebih menarik dengan deretan babak aksi pertarungan yang mendebarkan daripada karakter-karakter utamanya.

Ketangkasan dan kebijaksaan mereka mencari helah mengatasi musuh sangat mengagumkan seawal babak pertama sehingga ke penghujungnya.

Karakter Asuna dilihat semakin berkembang dan mempamerkan kelebihannya tersendiri dalam menghadapi musuh yang tidak terjangka. Kehadiran karakter-karakter lain seperti Agil, Mito dan Argo The Rat juga mengisi peranan mereka dengan begitu baik.

Filem kedua ini berjaya menjawab beberapa teka-teki yang wujud dalam siri pertamanya, sekali gus membuatkan penonton lebih faham tentang perjalanan ceritanya.

Karya SAO sememangnya mempunyai ramai pengikutnya di seluruh dunia, malah anime pertama filem itu turut ditayangkan di lebih 40 buah negara.

Tidak hairanlah sekuel ini paling ditunggu ramai dan dijangka bakal mendapat sambutan lebih hebat daripada filem terdahulu.

Jangan ketinggalan menonton filem yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 29 Disember lalu.

Sword Art Online Progressive: Scherzo Of Deep Night

Bahasa: Jepun

Klasifikasi: P13

Genre: Animasi/Anime

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Ayoko Kono

Pelakon Suara: Haruka Tomatsu, Yoshitsugu Matsuoka, Inori Minase. Shiori Izawa

Tarikh Tayangan: 29 Disember 2022

Edaran: GSC Movies

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca