BARU-BARU ini kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

Sedang kita masih berbicara tentang dos ketiga dan penggalak (booster), bekas ahli kumpulan Elite berkongsi telah menerima empat dos suntikan vaksin Covid-19.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sasha Saidin, 44, yang telah berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu kerana mengikuti suami memaklumkan suntikan pertama diterima pada Disember 2020.

“Booster shots done. Sinopharm 1st dose Dec 2020, Sinopharm 2nd dose Jan 2021.

“Pfizer 1st & 2nd dose August 2021,” coretnya di Instagram.

vaksin

Dalam pada itu, Shasha turut bersyukur kes Covid-19 di UAE juga semakin menurun.

Iklan

“Syukur, jumlah terbaru kes Covid-19 secara purata setiap minggu di UAE kini adalah 311 kes.

“Semoga ia terus turun dan kehidupan dapat disambung semula seperti yang pernah berlaku untuk kita semua,” ujarnya.

Baca juga “Mak jumpa abang di sana,” – Ibu Ali Puteh, Allahyarham Abam meninggal dunia

Untuk rekod, Sasha Saidin selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, pada 19 Januari 2020.

Iklan

Sasha mengikuti berhijrah ke UAE bersama suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu.