PELAKON popular, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabila beliau disenaraikan antara alasan kes penceraian di Malaysia.

Berkongsi keratan sebuah akhbar di Instagram miliknya, Aaron atau nama sebenarnya, Mustapha Aziz berkata, dia berharap mana-mana pasangan yang bercerai dapat rujuk demi anak-anak dan amanah.

“Ya Allah, saya baca ini (satu laporan akhbar), saya rasa sedih.

“Abang (saya) sama juga dengan suami-suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia. Abang berharap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah,” luahnya.

Menerusi hantaran status sama, pelakon kelahiran Tampines, Singapura itu turut meningggalkan beberapa tanda pagar seperti #JanganKecamAbang dan #Abgtakbersalah.

Dalam pada itu, isteri kepada Aaron iaitu Datin Diyana Halik turut meluahkan rasa terkejut dengan laporan akhbar berkenaan.

Isteri Aaron, Diyana Halik juga terkejut melihat tajuk akhbar itu.

“Saya terpaksa baca balik beberapa kali (laporan akhbar), sebab cuma nampak perkataan Aaron Aziz dan cerai. Luruh jantung saya. Tadi mengantuk terus segar,” tulisnya menerusi Insta Story miliknya.

Iklan

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu, penceraian dengan alasan remeh bukan perkara baharu, bahkan dia pernah mendengar kisah hampir serupa ketika mengikuti kursus rumah tangga 18 tahun lalu.

“Perkara yang dilaporkan tidak mustahil, 18 tahun lepas, ketika kami pergi kursus rumah tangga, kaunselor berkongsi satu kisah benar.

Iklan

“Di mana ada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin sekian lama bercerai disebabkan isu berkaitan ubat atau berus gigi.

“Ingatkan macam mengarut tapi sebenarnya tidak. Perkara kecil yang selalunya akan membuatkan keadaan menjadi genting,” ujarnya.