“Saya dah vaksin” – Siti tidak kongsi di Instagram untuk jaga sensitiviti ramai

DS SITI NURHALIZA
DS SITI NURHALIZA
A
A
A

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sudahpun menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut penyanyi lagu Air Mata Syawal itu, dia memilih untuk tidak berkongsi momen tersebut di laman sosial bagi menjaga sensitiviti orang ramai ketika ini.

Siti, 42, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan para peminat ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagramnya beberapa hari lalu.

“Saya dah vaksin, saja saya tak letak sebab kadang-kadang bila kita letak, orang cakap dan kalau tak letak pun orang akan bercakap juga.

“Jadi biarlah kita sahaja yang tahu. Mana yang dah tahu tu tahu sajalah. Tapi kalau nak juga gambar, nanti saya letaklah,” ujarnya.

Tambah Siti, buat ketika ini dia hanya berkongsi perkara yang perlu sahaja di laman media sosialnya.

“Saya rasa terlalu ramai orang sensitif sekarang ini. Jadi tak apalah, tak perlu post pun pasal vaksin tu.

“Bagi saya benda-benda biasa kalau tak perlu, tak payahlah letak. Kalau perlu dan saya rasa nak letak, saya akan letaklah.

“Apapun jangan lupa ambil vaksin tau,” kata Siti.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua cahaya mata itu masih giat mengumpul dana untuk Tabung Bantuan Prihatin, selain dalam perancangan mengadakan persembahan secara virtual untuk peminat.

“Nanti saya akan bagitahu sama ada saya akan buat persembahan secara virtual dan bila tarikhnya,” akhirinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca