TIADA angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengumumkan ikatan perkahwinannya dengan pelakon Shakilla Khoriri sudah terlerai.

Berita tersebut dikongsi Fizi atau nama sebenarnya, Hafizudin Alimudin, 32, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Menurut Fizi, perkahwinan yang kini memasuki usia tiga tahun itu tidak dapat dipertahankan selepas msing-masing bersepakat untuk membawa haluan sendiri.

“Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” ujarnya.

Meskipun begitu, Fizi berkata, dia dan Shakilla sepakat untuk membesarkan anak tunggal mereka, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun dengan penuh kasih sayang.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang.

“Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi yang mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Ajak dan Soraya Borhan di Suria FM, mengharapkan semua pihak menghormati keputusan tersebut.

Iklan

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini.

“Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda.

“Insya-ALLAH semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua jugak. Minta maaf dan terima kasih,” katanya.

Iklan

Fizi dan Shakilla, 32, mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

(SUMBER: Instagram Fizi Ali)