'Saya rasa hebat' - Arnold Schwarzenegger selamat jalani pembedahan

A
A
A

BINTANG terkenal Hollywood, Arnold Schwarzenegger, memberitahu dirinya berasa lebih hebat selepas menjalani pembedahan jantung.

Schwarzenegger, 73, berkongsi gambarnya yang memberi isyarat bagus dari katil hospital di Cleveland Clinic, serta mengucapkan terima kasih pada staf perubatan di situ.

"Terima kasih kepada pasukan perubatan di Cleveland Clinic. Saya kini memiliki injap aorta baharu digabung dengan injap pulmonari daripada pembedahan terdahulu.

"Saya rasa hebat dan sudah bersiar-siar menikmati keindahan Cleveland. Terima kasih buat setiap doktor dan jururawat dalam pasukan saya," kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

ARNOLDArnold turut berkongsi gambarnya bersiar di sekitar Cleveland.

Schwarzenegger dilahirkan dengan kecacatan jantung, menjalani pembedahan kecemasan pada 2018 bagi menggantikan injap pulmonary lamanya yang asalnya ditukar pada 1997.

Aktor yang cukup popular sejak tahun 1980-an itu, dilantik sebagai Gabenor California pada 2003 dan banyak memperjuang polisi berkaitan alam sekitar.

Selepas mengakhiri penggal perkhidmatannya pada 2011, dia kembali ke layar perak, antaranya muncul dalam The Expendables 2 dan juga sekuel The Terminator.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca