"Saya takut azab ALLAH" - Hafiz Suip mohon maaf

"Saya takut azab ALLAH" - Hafiz Suip mohon maaf
"Saya takut azab ALLAH" - Hafiz Suip mohon maaf
A
A
A

SETIAP manusia yang hidup pasti tidak terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada dosa antara

Pencipta ataupun sesama manusia.

Dosa dengan ALLAH akan insya-ALLAH diampunkan jika seseorang itu bertaubat dan menyesal atas perbuatan dilakukan serta bertekad tidak mengulanginya.

Semua orang buat silap, tiada siapa yang sempurna. Namun begitu, perlu diketahui bahawa dosa dengan manusia sangatlah berat jika tidak dimaafkan individu tersebut.

Justeru, menyedari situasi itu, penyanyi terkenal, Hafiz Suip, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya telah melakukan kesilapan kepada mana-mana pihak sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Awan Nano itu memohon maaf kerana dikatakan takut akan azab ALLAH apabila meninggal dunia.

"Saya memohon maaf atas apa yang telah dilakukan kepada korang semua. Jika ada saya buat kecil hati, tersalah cakap dan sebagainya mahupun yang ada dendam tersimpan selama ini, maafkan saya.

"Ini bukan cerita sedih atau dongeng, tapi hakikatnya saya takut azab ALLAH yang mana satu hari apabila mati, saya akan dihisab," coretnya.

Taubat LAFAZ istighfar perlu senada dengan niat dalam hati untuk meninggalkan perbuatan dosa dan diiringi penuh rasa penyesalan.

Pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip itu turut meminta warga maya mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

"Saya tak adalah minta lebih, cuma doakan yang baik dan minta kalian bermodalkan lima minit sahaja. Ada masalah, dua rakaat minta dengan ALLAH itu sahaja.

"Jangan harapkan makhluk, maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun kerana yang menggerakkan kita adalah DIA juga. Insya-ALLAH hati tenang pasti jumpa solusi," ujarnya.

Dosa ketika PKP

Pesan beliau jika ada masalah segeralah mengingati kepada yang MAHA ESA.

Direkodkan, Hafiz Suip yang dilahirkan pada tahun 1990 mula popular selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ketujuh.

Baca juga “Kuasa doa, dapat bersalin normal, nyaris ditolak ke dewan bedah” – Yatt Hamzah bersalin anak keenam

Selebriti kelahiran Kuching, Sarawak itu telah mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, 4 dan Muhammad Alkaf Zayne berusia setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca