‘Saya telah difitnah!’ –Issey Fazlisham bengang dipergunakan untuk video judi online

Untitled design (2)
Untitled design (2)
A
A
A

PENYAMPAI radio dan pelawak, Issey Fazlisham meluahkan rasa geram apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyunting videonya untuk mempromosikan judi online.

Menurut Issey, 34, video asal tersebut telah diambil daripada akaun Tik Tok rakan penyampai radio, Fizi Ali dan kemudian disunting dan menampakkan seolah-olah dirinya juga bersama judi secara atas talian.

“Hari ini (Jumaat) saya dapat tahu satu benda ni, saya telah difitnah. Ada pihak yang tak bertanggungjawab dia dah pakai video saya untuk promosikan video judi online.

“Ya Allah… Allahuakbar, dahlah video tu daripada Tik Tok Fizi Ali. Dia sengaja rakam video tu semasa kami di bekerja konti Suria. Kemudian dia (pihak tidak bertanggungjawab) gunakan video itu pulak,” ujarnya.

Issey juga memberi amaran dan meminta pihak tidak bertanggungjawab itu menurunkan video berkenaan atau dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Jadi saya minta bantu saya sebarkan video ini agar sampai kepada tauke judi online itu. Tolonglah turunkan video itu, kalau tak kita terpaksa bawa perkara ini kepada undang-undang (pihak polis).

“Sebab ini adalah fitnah besar ni. Judi boh.. bukan saya boh…” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Dalam pada itu, rata-rata rakan artis dan peminat menyarankan Issey tidak berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca