'Saya tetap rasa gementar...' - Siti Nurhaliza bakal bersalin awal Ramadan

Saya tetap rasa gementar...' - Siti Nurhaliza bakal bersalin awal Ramadan
Saya tetap rasa gementar...' - Siti Nurhaliza bakal bersalin awal Ramadan
A
A
A

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 42, memaklumkan dia bakal melahirkan cahaya mata keduanya pada awal Ramadan ini.

Siti berkata, dia kini sedang menyelesaikan semua kerjanya sebelum bersalin dan bercuti panjang.

"Saya akan menyelesaikan semua kerja saya sebelum berehat panjang. Ini juga merupakan antara majlis terakhir sebelum bersalin.

"Insya-Allah tak lama sangat lagi, saya akan berehat untuk bersalin. Doakan semoga proses bersalin saya berjalan dengan lancar," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk emas edisi khas Jubli Perak Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama YaPEIM.

Siti Nurhaliza imbas pengalaman nyanyi di berek polis

Tambah isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu, walaupun pernah melalui proses bersalin sebelum ini, namun beliau percaya pengalaman setiap ibu itu berbeza.

Baca juga Konsert Kita RTM Gemilang Selamanya rai ulangtahun berganda

"Walaupun pernah bersalin sebelum ini, tetapi saya percaya setiap ibu itu melalui pengalaman berbeza.

"Jadi sebab itu saya tetap rasa gementar untuk melalui proses bersalin sekali lagi," katanya.

Terdahulu pada 1 Disember 2020, pelatun Anta Pemana itu mengumumkan hamil anak kedua.

Siti yang mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 turut dikurniakan seorang puteri, Siti Aafiyah yang kini berusia 3 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca