UMUM maklum pelakon cantik, Datin Paduka Eina Azman dan suami serta dua orang pembantu rumah telah disahkan positif Covid-19.

Kelmarin, Eina juga turut meluahkan kesedihan kerana diberi ujian ALLAH disaat ulang tahun perkahwinannya, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Terbaharu, Eina memaklumkan suami tercinta mengalami penurunan oksigen sehingga terpaksa menggunakan bantuan pernafasan akibat jangkitan virus Covid-19.

Sehubungan itu, dia memohon orang ramai untuk menitipkan doa buat suaminya yang masih berada di hospital agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Eina Azman, suami positif Covid-19 di hari ulang tahun perkahwinan

Iklan

“Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus Covid-19.

“Sebab oksigen sumai saya semakin menurun hingga perlu memakai bantuan oksigen,” kongsinya di Instagram.

Artikel berkaitan: Eina Azman, suami positif Covid-19 di hari ulang tahun perkahwinan

Dalam pada itu, Eina turut meniupkan semangat buat suaminya agar kekal kuat untuk melawan penyakit tersebut.

Iklan

“Sayang, saya tahu awak kuat. Awak perlu cepat sihat. Saya sayang awak, kami tunggu di rumah,” katanya.

Terdahulu, pada 17 Ogos lalu, Eina menjalani pembedahan biopsi pada leher buat kali keempat. Pembedahan biopsi adalah prosedur pengambilan sampel tisu atau sel untuk menentukan sesuatu penyakit.