Scarlett Johansson kahwini pelawak Colin Jost

Untitled design (57)
Untitled design (57)
A
A
A

PELAKON Scarlett Johansson, 36, dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, komedian dan penulis program Saturday Night Live (SNL), Colin Jost, baru-baru ini.

Berita itu didedahkan menerusi sebuah laman Instagram badan kebajikan untuk orang tua, Meals On Wheels.

Pasangan itu mula berkenalan ketika Scarlett diundang menjadi tetamu SNL pada 2017 sebelum mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan ketiga pelakon yang cukup dikenali dengan watak Black Widow atau Natasha Romanova dalam francais The Avengers itu.

Sebelum ini, Scarlett pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds dan ahli perniagaan Romain Dauriac.

Hasil perkahwinan dengan Romain, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Rose Dorothy Dauriac, 6 tahun. Namun Scarlett tidak dikurniakan anak semasa berkahwin dengan Ryan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca