Scarlett Johansson saman Disney kerana Black Widow

Untitled design (43)
Untitled design (43)
A
A
A

PELAKON terkenal Hollywood, Scarlett Johansson, bertindak menyaman Disney selepas syarikat penerbitan gergasi itu memutuskan untuk menayangkan filem Black Widow menerusi platform penstriman Disney+ serentak di panggung.

Johansson mengambil tindakan itu kerana mendakwa Disney melanggar kontrak perjanjian mereka sekali gus menyebabkan kerugian berjuta-juta terhadap aktres terbabit.

Menerusi saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis, peguam aktres berusia 36 tahun itu memberitahu, Johansson sepatutnya layak mendapat peratusan keuntungan hasil daripada jualan tiket pecah panggung.

Black Widow sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu, namun berkali-kali ditunda akibat penularan Covid-19. Filem tersebut akhirnya ditayangkan pada Julai lalu serentak dengan tayangan di Disney+.

Sementara itu, jurucakap Disney dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Johansson sebagai tidak masuk akal dan menyedihkan.

“Tiada ada manfaat apa pun untuk tuntutan ini. Ia sangat menyedihkan dan memberi tekanan kerana tidak menghiraukan kesan global yang mengerikan dan berpanjangan akibat pandemic Covid-19.

“Disney telah sepenuhnya memenuhi kontrak dan keputusan menayangkan filem ini serentak di Disney+ akan memberi manfaat tambahan.

“Kami juga sudah membayar USD$20 juta kepadanya sebelum ini,” jelas jurucakap itu.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca