Seandainya Kau Ada pilih Astro First

A
A
A

MESKI pada awalnya filem Seandainya Kau Ada dihasilkan untuk tayangan pawagam, namun Zeel Production selaku penerbit akhirnya memilih platform Astro First untuk ditayangkan.

Biarpun pawagam kini sudah kembali beroperasi sejak 5 Mac lalu, namun penerbitnya, Fadzil Teh, nekad dengan keputusan itu selepas mempertimbangkan banyak faktor.

“Semestinya saya mahu filem pertama terbitan kami ini ditayangkan di pawagam. Itu lebih afdal. Namun selepas melihat situasi pandemik Covid-19, saya membuat pertimbangan semula.

“Ini kerana dalam keadaan sekarang, ramai penonton mula duduk di rumah dan hampir 200 peratus penonton memilih Astro First sebagai platform menonton filem.

“Oleh yang demikian, kami nekad dengan keputusan itu. Gementar juga menanti reaksi dan sambutan,” katanya.

Seandainya Kau Ada merupakan naskhah adaptasi daripada novel popular dengan judul sama itu menampilkan dialog puitis dengan elemen cinta, nilai pengorbanan dan kemaafan.

Ia mengisahkan tentang tentang Syahirah yang mencintai Fazlur sejak kecil. Fazlur melanjutkan pelajaran ke Uzbekistan dan berjanji untuk pulang mengahwini Syahirah. Namun, semuanya berubah apabila Fazlur menghilangkan diri di hari perkahwinan mereka.

Syahirah patah hati dan membawa diri ke Uzbekistan. Selepas lima tahun berkenalan dengan Iskandar, diamembuat keputusan untuk mengahwini lelaki itu. Bagaimanapun apabila pulang ke Kuala Lumpur, dia terkejut mengetahui punca sebenar Fazlur meninggalkannya dahulu.

Menariknya filem arahan bersama Fadzil Teh dan Chad Abdul Rahman itu menjalani penggambaran di Tanah Suci Makkah, Madinah, Uzbekistan, Kuala Lumpur dan Perlis dua tahun lalu sebelum tercetusnya pandemik Covid-19.

Semestiya babak-babak di Kota Makkah dan Madinah pasti mampu menyuntik rasa rindu dan keinginan untuk pergi ke sana.

Malah, terdapat satu babak menyaksikan lakonan Fendy Bakry yang telah mencukur seluruh kepalanya selepas tawaf dan sa’ie.

Naskhah tersebut turut dibintangi Raysha Rizrose, Ruhanies, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Haris Ismail, Daler Yusuf, Azhan Rani Fauziah Nawi, Scha Ellinnea dan ramai lagi.

Antara babak menarik dalam Seandainya Kau Ada

Saksikan filem Seandainya Kau Ada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 29 April 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

Seandainya Kau Ada

Bahasa: Melayu

Klasifikasi: U

Genre: Romantis Islamik

Durasi: 2 jam

Tarikh Tayangan Astro First: Mulai 29 April 2021

Pengarah: Fadzil Teh & Chad Abd Rahman

Pelakon: Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Ruhanies, Aidit Noh, Rozita Che Wan, Haris Ismail, Daler Yusuf, Azhan Rani Fauziah Nawi, Scha Ellinnea

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca