BIARPUN industri seni agak suram tahun ini dengan penularan virus pandemik Covid-19, namun ia tidak pernah sunyi dengan pelbagai kisah kontroversi, berita sedih dan gembira.

Justeru kami rangkumkan 10 perkara yang menjadi perhatian ramai dalam industri seni tahun ini.

Top 1 : Neelofa paling menjadi perhatian

NAMA pengacara, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor, menjadi selebriti paling diperkatakan di Twitter Malaysia sepanjang tahun ini.

Perkara itu diumumkan menerusi kiraan yang dibuat platform media sosial itu. Neelofa berada di kedudukan pertama mengalahkan Yuna, Ariana Grande, Justin Bieber dan Ali Gatie.

Pastinya antara perkara yang menarik perhatian ramai mengenai Neelofa pada tahun ini adalah penghijrahannya untuk berniqab dan perhubungannya dengan PU (Pencetus Ummah) Haris atau Riz.

Top 2 : Keluarga Ali Puteh

Pemergian Abam Bocey pada 10 Februari lalu telah mengejutkan ramai. Lebih mengejutkan selepas usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi videonya bertemu dengan balu Allahyarham iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali.

Aliff secara tidak sengaja telah ‘membongkar’ konflik dalaman antara Hidayah dan keluarga mentuanya sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial.

Bagaimanapun isu yang timbul berkaitan faraid itu telah diselesaikan di Mahkamah Syariah Shah Alam September lalu.

Top 3 : Shuib, SPRM & Macau Scam

Tiada angin, tiada ribut, nama pelawak, penyampai radio dan usahawan, Shuib Sepahtu hangat diperkatakan selepas berita beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Oktober lalu tular.

Bagaimanapun Shuib menjelaskan beliau hanya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes di bawah  Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang terbabit dengan Macau Scam.

No 4 : Da’i Syed berdepan tuduhan rogol

Bekas peserta program realiti bercorak keagamaan, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal menjadi perhatian ramai selepas didakwa merogol seorang gadis tahun lalu.

Biarpun menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis, Syed, 25, akhirnya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol itu dan tidak lama kemudian satu persatu gadis mula tampil membuat laporan polis terhadapnya.

No. 5 : Michael Ang, Noraniza Idris akhirnya berdamai

Penggeseran antara Michael Ang dan Noraniza Idris tercetus selepas pengarah itu membuat komen pedas dan terbuka mengenai persembahan Ratu Etnik Kreatif itu di konsert mingguan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Selepas berbalas pendapat di media sosial dan media, Michael dan Noraniza akhirnya ditemukan pada Anugerah MeleTOP Era 2020, 20 Disember lalu.

Kedua-duanya mengambil keputusan untuk bermaafan dan membuang jauh pertelingkahan mereka sebelum ini.

No 6 : Isu bantuan PKP

Penularan virus Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu membuatkan ramai rakyat terpingga-pingga dan tidak bersedia.

Iklan

Lalu timbullah usul bantuan khas atau dana khas buat selebriti dan pekerja belakang tabir yang terjejas oleh beberapa selebriti tanah air seperti Black, Tomok, Achey dan Shuib.

Namun ada berpendapat masih ramai memerlukan bantuan berbanding golongan artis.

Isu berkenaan berlarutan sehingga menimbulkan pertelingkahan dan berlanjutan ke mahkamah antara Zarina Anjoulie dengan Amyza Adnan dan Emylia Adnan. Sehingga kini, kes saman itu masih berjalan di mahkamah.

No 7 : Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi

Pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi barangkali sesuai untuk menggambar isu yang timbul antara seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud dan tenaga produksi teater Korupsi Dewan Semandung.

Masakan tidak, selepas berakhirnya teater itu, pelakon, pengarah, penulis skrip dan beberapa pihak lain mendakwa tidak mendapat baki bayaran daripada syarikat milik Fauziah atau Ogy iaitu Ogy Ventures & Network.

Ogy dalam satu kenyataan menjelaskan dia tidak mempunyai cukup dana untuk membayar baki bayaran mereka dan berjanji akan berbuat demikian secara ansuran.

No. 8 : Lamaran Kamal Adli

Iklan

Pelakon Kamal Adli, mengejutkan penonton dan rakan selebriti ketika AME2020 apabila melamar kekasihnya, Uqasha Senrose secara langsung.

Biarpun ada yang menganggap lamaran itu sebagai romantis, ada pendakwa bebas yang meminta lamaran itu tidak dijadikan trend atau budaya.

No. 9 : ‘Wedding of the year’ Mira Filzah

Selepas pelbagai desas-desus dan teka-teki, pelakon dan pengacara, Mira Filzah akhirnya bergelar isteri kepada  anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, pada 3 September.

No. 10 : Tahun bertuah Aina Abdul, Haqiem Rusli

Penyanyi, Aina Abdul dan Haqiem Rusli mencatat kenangan tersendiri pada tahun ini.

Aina menjuarai dua program realiti di dua stesen TV iaitu The Masked Singer Malaysia dan Vokal Mania. Manakala Haqiem mendapat kepercayaan peminat apabila dipilih sebagai Bintang Paling Popular 2020 dan Top Top MeleTOP Lelaki di AME2020 baru-baru ini.

Tahniah buat keduanya.