Selamat bergelar isteri kali ketiga, Saida pilih kawan lama

A
A
A

BERITA perkahwinan kakak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Norsaida Tarudin hujung minggu lalu sememangnya mengejutkan ramai.

Tidak mahu peminat dan netizen terus tertanya-tanya, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam itu mengakui sudah selamat melangsungkan perkahwinan buat kali ketiga dengan Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember lalu selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.

Menurut Saida, perkahwinan kedua yang dibina pada 2016 hanya bertahan sekitar empat tahun dan dia sudah sah berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu.

"Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.

"Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.

"Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga," katanya.

Siti Nurhaliza turut membuat persembahan istimewa pada majlis perkahwinan kakaknya.

Saida yang baru genap 45 tahun pada 13 Disember lalu memaklumkan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagia operasi di sebuah syarikat kewangan sebaya dengannya.

"Dia masih bujang. Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak seadanya.

"Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia. Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.

"Segala galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri. Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang," kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Saida berkata, anak bongsunya, Siti Nurul Mashitah kini tinggal bersamanya. Bagaimanapun tiga lagi anaknya tinggal bersama bapa mereka.

Terdahulu, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca