Selamat bersalin anak ketiga, Izreen Azminda timang ‘hero’ lagi

IZREEN AZMINDA
IZREEN AZMINDA
A
A
A

PELAKON Izreen Azminda selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada pagi Selasa.

Difahamkan, bayi seberat 2.87 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan dan kedua-dua ibu dan anak kini sihat serta stabil.

Berita gembira tersebut dikongsi Izreen, 36, menerusi hantaran di laman Instagram miliknya yang turut memuat naik foto pertama bayi lelakinya itu biarpun tidak memaparkan wajah penuh.

“Syukur alhamdulillah. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” tulisnya ringkas.

Rata-rata rakan dan pengikutnya mengucapkan tahniah selain titipan doa agar Izreen dan anak dalam keadaan baik.

Sebelum ini, Izreen memberitahu hanya akan mengumumkan nama bayi yang juga anak kedua hasil perkongsian hidupnya dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude itu selepas seminggu kelahirannya nanti.

Perkahwinan Izreen dan suami pada 8 Ogos 2017 itu turut dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Manakala menerusi perkahwinan pertama bersama jurukamera Riza Baharudin, Izreen turut memiliki seorang anak bernama Adrian Umar, 8.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca