Selamat diijabkabul, Remy Ishak kini milik Ezza Yusof
PELAKON popular Remy Ishak, 39, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Roszaliza Yusof atau Ezza, 38, di Masjid Negara Kuala Lumpur, pada petang Sabtu.
Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan, Rozman Yusof dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pada majlis yang hanya dihadiri oleh pasangan pengantin dan dan wali kepada pengantin perempuan itu menyaksikan Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimie Ishak menyerahkan sebentuk cincin kepada Ezza sebagai mas kahwin.
Remy meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan tersebut berjalan lancar seperti mana dirancang.
“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri. Mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” ujarnya sebaik sah bergelar suami.
Terdahulu majlis pernikahan yang dirancang pasangan ini telah beberapa kali tertunda sejak Mei lalu disebabkan negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19.
Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun hubungan itu terlerai dua tahun kemudian.
Bagaimanapun cinta pasangan ini kembali bertaut tahun ini dan Remy akhirnya nekad untuk memperisterikan Ezza setelah wanita itu cukup setia di sisinya melalui saat susah dan senang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang