PENYANYI Ali Aziz berkongsi berita duka kehilangan neneknya, Hajah Rahmah Ismail, 82, yang disahkan meninggal dunia di Singapura pada pagi Rabu.

Aliff, 31, yang baru sahaja beberapa hari pulang daripada mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci, memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Allahyarham neneknya.

“Pagi ini nenda saya Hajah Rahmah Ismail telah kembali ke Rahmatullah. Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

“Doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba ALLAH yang beriman,” ujarnya.

Dalam perkongsian sama, juara Gegar Vaganza 8 itu berkata, arwah neneknya merupakan seorang yang penyayang dan banyak berkhidmat membawa Jemaah mengerjerkan ibadah Umrah dan Haji ketika muda.

Iklan

“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga ALLAH beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba. Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” katanya.

Aliff bersama isteri, Bella Astillah kini masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.

Iklan

(FOTO: INSTAGRAM ALIF AZIZ)