BINTANG utama Wonder Woman, Gal Gadot selamat melahirkan anak ketiganya yang juga bayi perempuan, pada Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan Gadot dan suaminya, Yaron Varsano menerusi akaun Instagram mereka.

Menurut Gadot, mereka sepakat menamakan puteri ketiga sebagai Daniella Varsano.

“Keluarga kesayanganku. Saya sangat bersyukur dan bahagia. Kami bersemangat menyambut Daniella dalam keluarga kami,” tulisnya.

Iklan

Terdahulu, Gadot mengumumkan kehamilannya pada awal Mac lalu menerusi satu posting di Instagram.

Iklan

Pasangan itu berkahwin pada September 2008 dan turut dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu, Alma, 9  serta Maya, 4.