RINDU yang paling sakit ialah rindu pada mereka yang sudah tiada. Selepas 10 hari pemergian suami tersayang, Salamiah Hassan, penyanyi yang terkenal dengan lagu

Menghitung Hari, meluahkan perasaan rindu kepada arwah suaminya, Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry.

Baca juga: Suami Salamiah Hassan meninggal dunia

Melalui hantaran dilaman Instagram IG Story, Salamiah memuat naik dua keping gambar. di pusara suaminya, Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser kolon di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.

Sekeping foto menunjukkan Salamiah berada di tepi pusara arwah yang meninggal dunia pada usia 68 tahun, manakala sekeping  lagi memaparkan pusara disusun indah dengan bunga di sekelilingnya.

Salamiah yang berusia 71 tahun juga sempat menulis ringkas yang beliau amat merindui suaminya sambil berkongsi gambar pusara Gerry yang diletakkan kuntuman bunga di atasnya. Pasangan ini hanya sempat hidup bersama selama dua bulan sebelum Gerry meninggal dunia kira-kira dua minggu yang lalu.

Baca juga: “Awak akan selamanya dihati saya,” BCL sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair

Atilia Haron turut memuat naik beberapa keping gambar beliau bersama ibunya di Burnie, Tasmania. Atilia tiba di Burnie untuk menemani ibunya. Selain memuat naik gambar sama dengan Salamiah di pusara, Atilia juga mengungkapkan kasih sayangnya terhadap arwah.

Selain itu, Atilia ada memuat naik video pemandangan indah kediaman di tepi laut. Tujuan Atilia ke Burnie, Tasmania ialah untuk menemani dan menenangkan ibunya. Kelihatan Salamiah sudah mampu tersenyum dan tenang melayan keletah anak kesayangannya itu.

Untuk info, Salamiah menamatkan zaman solo selepas 35 tahun hidup sendiri apabila memilih arwah Gerry yang berasal dari Liverpool dan menetap di Tasmania sebagai suami. Gerry merupakan duda dengan tiga orang anak.

Iklan

Pasangan ini sebenarnya sudah 15 tahun saling mengenali. Arwah Gerry melamar Salamiah Julai lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada pada 1 September dalam satu majlis sederhana di Burnie.

Terdahulu, Salamiah pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan berpisah pada 1986. Hasil perkahwinan itu, Salamiah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah. Bekas suaminya juga telah meninggal dunia akibat masalah jantung pada 28 Julai lalu.

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Iklan

Sumber: Salamiah Hassan, Atilia Haron
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi