"Selepas dua tahun lebih bertahan..." - Afdlin Shauki positif Covid-19

afdlin
afdlin
A
A
A

PELAKON, pengarah, penerbit dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki berkongsi khabar duka apabila disahkan positif Covid-19 sejak dua hari lalu.

Menerusi perkongsian menerusi Instagram miliknya pada Ahad, figura berusia 51 tahun itu memaklumkan simptom Covid-19 semakin dirasai, kecuali sesak nafas.

“Maaf semua dah dua hari kena dan simptom makin menjadi cuma tiada sesak nafas lagi setakat ini.

“Maaf kalau tak dapat jawab panggilan atau balas mesej. Aku rasa Allah SWT mahu aku rehat sementara.

“Enam orang dari team (pasukan) aku kena selepas dua tahun lebih bertahan dari terkena Covid-19. Harap maaf atas kesulitan, tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri aku,” tulisnya beserta paparan MySejahtera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca