‘Semoga ALLAH menjaga rapat aib kami.’ Setahun berkahwin Zulin Aziz beri bayangan perpisahan, enggan kongsi punca

PELAKON, pelawak dan usahawan Zulin Aziz berkongsi perkhabaran duka seolah membayangkan perpisahan dengan suami, Farhan Norzaini.

Tanpa penjelasan lanjut dan punca yang membawa kepada keretakan rumah tangga, Zulin menerusi hantaran di Instagram menitipkan agar warganet mendoakan.

Baca juga: Sempat bertemu dan berbincang, setuju berpisah cara baik, momen Puteri Sarah, Syamsul Yusof di mahkamah jadi perhatian

Baca juga: Zulin Aziz akhirnya bertemu cinta sejati, kini bergelar isteri Farhan Norzaini

“Minta doa baik-baik, mungkin ini ujian buat kami. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan.

“Saya mohon maaf jika tidak dapat beri apa-apa penjelasan. Cukup itu sahaja. Biarlah hanya kami tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu,” kongsinya.

Menjelaskan kini bersama dengan keluarga, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz itu turut menitipkan agar aib antara beliau dan pasangan dilindungi ALLAH SWT.

Baca juga: Diana Danielle, Farid Kamil bakal jalani Sulh. 11 info wanita perlu tahu, rupanya bukan untuk penceraian sahaja

“Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yang baik pada masa hadapan dengan haluan masing-masing.

“Tidak ada apa yang mahu dikongsi, semoga ALLAH menutup rapat aib kami

“Saya bersama keluarga sekarang, beri saya ruang dan waktu untuk healing. I will come back stronger, thank you so much, “ kongsinya.

Sah bergelar suami isteri pada Februari 2022 namun jodoh tak panjang, pelakon Misiku Kuza itu berharap segalanya berakhir dengan baik.

Mungkin ramai menerka ia perkara ini dibangkitkan sebagai penghasilan kandungan dan prank, kata Zulin perihal serius itu tidak akan dilakukan oleh individu yang waras.

Baca juga: Apakah dimaksudkan cerai cara baik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof? 13 info wanita perlu tahu

Iklan

“Permulaan yang sangat indah saya berharap ia berakhir dengan baik. Insya-ALLAH aamiin ya Rab

“Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh dan sewaktu dengannya, untuk apa?

“Saya tak ada lagu nak keluar, tiada produk nak lancarkan. Hal macam ini orang gila sahaja yang buat gurauan. Please stop!, kongsi Zulin di Insta Story.

Tidak akan mengulas lanjut perihal ini lagi, aktres berusia 33 tahun itu memohon doa agar segalanya dipermudahkan.

“Saya mohon doa, hanya doa. Mental saya dah cukup koyak, cukup-cukuplah jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik-baik itu itu berbalik kepada kalian.

“Saya berhenti bercakap sampai di sini. Tak ada apa saya nak ulas lagi, please,” kongsi Zulin.

Iklan

Terdahulu, Zulin pernah mengalami keguguran pada Ogos lalu. Zulin memaklumkan mengenai perkara itu selepas menerima banyak soalan berhubung anak ketika membuat video siaran langsung di TikTok miliknya.

Baca juga: ‘ALLAH telah tetapkan jodoh yang terbaik buat saya’- Zulin Aziz

Baca juga: “Doakan urusan kami dipermudahkan” – Zulin pertama kali mengerjakan umrah bersama suami

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.