“SEMUA yang berlaku sudah pun tertulis. Ada yang menghina, mencaci dan mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa. Biarlah…”

Begitulah luahan pelakon, Fiza Halim mengenai kehidupannya yang hangat diperkatakan setelah dia dituduh sebagai perampas dan bermata duitan baru-baru ini.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 40, berkata, dia pasrah dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan kehidupannya.

“Bagi saya, ini adalah ujian dan bahagian saya. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan. Hidup perlu diteruskan.

“Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Tiada seorang wanita pun di dunia ini inginkan perpisahan.

“Tapi qada dan qadar ALLAH tak siapa yang tahu,” ujarnya.

Fiza terpaksa berpisah dengan Baby Aleena disebabkan PKP sejak tiga bulan lalu.

Fiza yang sebelum ini mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan juruterbang, Aizat Al Jefri pada DIsember 2016 mengakui sudah kembali bergelar ibu tunggal sejak Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Baby Aleena, 3 tahun.

Dalam pada itu, Fiza mendedahkan dia sudah tiga bulan tidak dapat berjumpa dengan permata hatinya itu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Takkan mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu?

Iklan

“Hari ini ALLAH makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini..

“Terima kasih ALLAH di atas kegembiraan ini dan nikmat yang Kau hadirkan. Kesabaran yang cukup bermakna…

“Jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana ALLAH,” luahnya yang turut berterima kasih kepada Saiful Apek dan isterinya.

Iklan
Permata hati Fiza Halim (dari kiri) Ferra Aryana, Baby Aleena dan Feeya Adyrra.

Fiza sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua puteri, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013 hanya bertahan tiga tahun dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.