KUMPULAN komedi otai tanah air, Senario kembali selepas lebih sedekad, menerusi filem Jaga-Jaga Senariounion.

Kemunculan itu mengumpulkan semula gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton.

Jaga-Jaga Senariounion yang sudah pastinya mengetengahkan genre komedi, bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini.

Poster Jaga Jaga Senariounion
Antara pelakon yang membintangi filem arahan Aziz M Osman ini.

Menariknya, filem tersebut memperlihatkan komedi dan lawak segar oleh kumpulan otai itu, namun masih mengekalkan identiti Senario.

Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman itu turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baharu, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.

Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin.

Kisahnya bermula pada hari majlis pernikahan anak Datuk Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Iklan

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.

Iklan

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Langgan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.