Seniman Negara dan Tokoh Bangsawan Rahman B meninggal dunia

RAHMAN B
RAHMAN B
A
A
A

SENIMAN Negara dan tokoh bangsawan disegani ramai, Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, sekitar jam 4.43 petang Rabu.

Allahyarham Rahman atau nama lengkapnya Abdul Rahman Abu Bakar menghembuskan bafas terakhir pada usia 87 tahun, akibat pendarahan beku di paru-paru selepas dijangkiti Covid-19.

Berita tersebut dikongsikan Persatuan Teater Malaysia, menerusi cucu Allahyarham, Hussien Abdul Salam.

Rahman B merupakan penerima Anugerah Seni Negara keenam pada tahun 2003 yang membawa kepada gelaran Seniman Negara dilahirkan pada 18 Mei 1934 di Klang Selangor.

Beliau membesar dalam dunia bangsawan dan pernah menyertai beberapa kumpulan bangsawan termasuk Rahman Star Opera dan Bangsawan Bintang Timur.

Bukan sahaja hebat dalam lakonan, tetapi Allahyaraham juga berbakat dalam nyanyian, tarian, melukis dan mengarah pementasan bangsawan.

Semasa hayatnya, Allahyarham juga dikenali sebagai Adiguru bangsawan di Akademi Senia Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak tahun 1996.

Difahamkan jenazah Allahyarham Rahman B akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Berita duka pemergian Allahyarham turut dirasai seluruh penggiat seni teater tanah air yang menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar buat dunia seni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca