Indonesia, Fadhilah Intan tergamam apabila lagu ‘Dawai’ menerima sambutan luar biasa dan viral di Malaysia berbanding di negaranya.

Fadhilah, 25, berkata, ia sememangnya detik indah sekaligus satu pencapaian yang membanggakan buat dirinya.

Ujarnya, lagu yang juga runut bunyi bagi filem Air Mata Di Ujung Sajadah membawa tuah bagi perjalanan kerjaya nyanyiannya dalam meraih populariti di negara ini.

“Saya tidak menjangka lagu ini menjadi antara yang hit dan berada dalam carta tertinggi di beberapa stesen radio di sini.

“Bersyukur menjadi kesukaan orang Malaysia. Paling terharu dan bangga apabila penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudi menyanyikan lagu ‘Dawai’. Ramai lagi, termasuk Aina Abdul.

“Ia seperti mimpi. adakah ini benar? Keadaan ini amat mengejutkan malah impian saya mahu berduet dengan Siti Nurhaliza dan berharap suatu hari nanti. Beliau satu nama besar mungkin bertemu pun satu penghormatan buat saya,” katanya.

Baca juga:Penyanyi Nabila Razali sudah dimiliki. Ahli perniagaan berusia 38 tahun jadi pilihan hati

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas sidang media Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang anjuran Orange International bersama kumpulan Wali Band dan Saixse di Gula Cakery, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca juga:Tahniah! Zahirah MacWilson hamil anak kedua, Aiman Hakim Ridza tak sabar tunggu 2024. See you number 2;

Semua tahu bukan senang menyanyikan lagu ‘Dawai’ ini, ketika ditanya bagaimana penyanyi berasal dari Surabaya itu menjiwainya, katanya, menyanyi perlu daripada hati.

“Selain itu menggambarkan diri atau mengingat kejadian-kejadian sedih pernah dialami.

“Mungkin di setiap kata mempunyai makna tersendiri yang membuat saya merasainya. Semua orang juga pernah (putus cinta), dikhianati dan kesakitannya masuk ke dalam sanubari ,” katanya.

Baca juga:Rezeki orang baik. Terharu terima hadiah Ford Ranger Raptor, luahan hati Achey buat warga maya tersentuh

Iklan

Berkongsi mengenai single keduanya, Fadhilah berkata, ada dua single baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Baru sahaja selesai rakaman beberapa hari lalu. Mungkin akan dilancarkan pada akhir bulan Januari atau Februari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan tip penjagaan suara iaitu sebelum melakukan persembahan, perlu cukup tidur enam atau tujuh jam.

“Paling utama adalah percaya diri,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!