Sharnaaz Ahmad syukur dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’ tahun lalu

PELAKON, Sharnaaz Ahmad dilepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas satu pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu.

Pada 2 Mei lalu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium.

Pelakon drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.

Baca juga Sudah berpisah tetap berbaik demi Jebat tersayang, Sharnaaz dan Nabila jadi inspirasi warganet

Sharnaaz memberitahu, hidupnya kini lengkap dengan kehadiran Jebat Jayden Ahmad.

 

Bapa kepada seorang anak lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Sharnaaz ketika ditemui media selepas prosiding kes itu melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan hari ini.

Baca juga Jumpa anak tiga kali sehari, Sharnaaz anggap Nabila sebagai kawan

Iklan

“Alhamdulilah, walaupun mengambil masa panjang sedikit tetapi saya bersyukur, lega dan akhirnya saya seorang yang bebas.

“Walaupun ia soal remeh tapi ia melibatkan soal reputasi dan perjalanan karier saya,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!