Sudah berpisah tetap berbaik demi Jebat tersayang, Sharnaaz dan Nabila jadi inspirasi warganet

A
A
A

BIARPUN sudah berpisah, pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila mengekalkan hubungan baik antara mereka.

Mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan berpisah 9 Julai 2020, sikap profesional mereka demi membesarkan cahaya mata, Jebat Jayden, 5, harus diberi pujian.

Pelakon itu tidak lekang memuji bekas isteri dalam hantaran di laman sosial. Malah interaksi kedua-duanya juga mesra dan bersahaja.

Baca juga: Jumpa anak tiga kali sehari, Sharnaaz anggap Nabila sebagai kawan

Jika diimbas kembali, tiada kenyataan negatif dikeluarkan oleh kedua-duanya selepas mereka berpisah dan sentiasa ada bersama Jebat seolah tiada masalah untuk berhubung selepas bercerai.

Ramai memuji sikap Sharnaaz yang tidak lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawabnya menguruskan Jebat walaupun permata hatinya itu tinggal bersama bekas isteri.

Baca juga: Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Dalam perkembangan terbaru, Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa itu tampil di dalam sebuah video memasak bersama Jebat.

“Untung Jebat ada mak yang sayang dia. Macam biasa bila Jebat yang masak, orang lain payah dapat makan termasuklah mak dia.

“Kambing ni sesuai pada bulan puasa untuk yang bujang! Mamu single, mummy dia? Rahsia,” titip Sharnaaz.

Beralih ke ruangan komen, warganet rata-rata tersentuh aura positif keluarga kecil ini. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan mereka ikatan antara mereka bertaut kembali.

- "Bulan dan matahari, tidak bersama namun saling melengkapi."

- "Best parent ever."

- "Doa yang baik-baik untuk mereka berdua."

Noor Nabila berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021.

Berpisah jangan sampai anak terpisah. Sikap profesional dan matang perlu ada dalam menguruskan anak agar mereka membesar dalam suasana yang baik dan positif, bukannya dalam acuan penuh benci serta dendam. Sharnaaz dan Noor Nabila wajar dicontohi!

Baca juga: Noor Nabila lali dengan populariti dan perhatian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca