Sharnaaz nasihat Caprice pulang ke Malaysia, dapatkan rawatan

A
A
A

ENGGAN terus melihat persengketaan antara rakan artis, Caprice bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL), pelakon dan usahawan, Sharnaaz Ahmad menasihati Caprice untuk pulang ke tanah air.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, turut mencadangkan Caprice yang kini berada di Cairo Mesir agar mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Kepada Caprice, saya sayang awak sebagai seorang kawan. Pulanglah ke sini dan dapatkan rawatan, Insya-ALLAH kami akan berikan sokongan sepenuhnya.

“Saya akan beri sokongan sepenuhnya.

“Berhenti lakukan semua sekarang, tetapkan fikiran dan rawatlah jiwa yang luka itu. Insya-ALLAH dapat tangani perkara ini dengan lebih baik.

“Kami di sini mahukan ‘berita apa hari ini’ bukannya ‘apa yang sedang berlaku’,” ujar bintang utama filem Jebat itu.

Tambah Sharnaaz, dia berharap persengketaan antara Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan pihak UEL dihentikan segera.

“Jangan gaduh. Malu dengan pihak luar yang melihat rakyat Malaysia bergaduh sesama sendiri.

“Biar masalah negara, kita hadap sama-sama,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Sharnaaz dan Caprice bersiaran langsung bersama dan bapa kepada Jebat Jayden itu adalah menasihati Caprice agar tidak bersikap kebudak-budakkan.

Caprice yang dilihat sebak dan menitiskan air mata memberitahu tidak akan pulang selagi masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza, Palestin.

Malah, dia turut memberitahu UEL telah menyekatnya dalam Instagram serta mendakwa terdapat campur tangan sehingga dia tidak dibenarkan memasuki Gaza sheingga hari ini.

BACA JUGA ‘Cap (Caprice) Muhasabah Diri…’ – Raf Yaakob Minta Caprice Henti Persengketaan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca