Sheila Majid teruja sambut menantu sulung

A
A
A

PENYANYI tersohor negara, Datuk Sheila Majid berkongsi kegembiraan menerima menantu sulung pada Ahad.

Menerusi kemas kini di Instagram, Sheila memuat naik beberapa keping gambar dan video majlis pernikahan anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan dengan Nik Nuralia Nik Fauzi.

“Syukur Alhamdulillah! Sah!” tulisnya ringkas dan dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat.

Majlis pernikahan berlangsung sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Disember 2020.

Megat merupakan anak kedua Sheila daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit, Roslan Aziz. Selain Megat, mereka turut dikurniakan anak perempuan, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali dengan nama Kayda Aziz.

Perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim (atau lebih popular dengan panggilan Acis), mereka dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca