Sheila Majid Tokoh Ikon Selebriti Pelancongan

A
A
A

RATU Jazz Malaysia Datuk Sheila Majid telah dinobatkan sebagai Ikon Selebriti Pelancongan di Malaysia Tourism Council Gold Awad 2021 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia pada Khamis.

Pemilihan Sheila, 56, dibuat berdasarkan sumbangannya dalam mengharumkan nama negara di persada seni yang turut membantu menaikkan imej pelancongan negara di mata dunia.

Menurut Sheila, anugerah tersebut menjadi suntikan semangat buatnya untuk terus menyemarakkan industri pelancongan negara.

“Saya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas anugerah ini dan ia merupakan suntikan semangat kepada saya untuk terus menyemarakkan lagi industri pelancongan negara,” katanya.

Terdahulu anugerah ini pernah diberikan kepada beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Ana Rafalli pada tahun 2017, Datuk Siti Nurhaliza (2018) dan Dayang Nurfaizah (2019).

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu irama Malaysia, Noraniza Idris pula diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Best Traditional Music Performence.

Majlis perasmian Malaysia Tourism Council Gold Awad 2021 disempurnakan oleh EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian.

Penganjuran kali ini menyaksikan lebih daripada 45 anugerah telah diberikan kepada peserta sebagai tanda kecemerlangan dan sokongan mereka dalam pembangunan industri pelancongan di Malaysia.

Selain mengiktiraf para penggiat industri pelancongan, majlis ini juga merupakan satu peluang untuk meraikan dan mengumpulkan penggiat industri, sekali gus sebagai usaha menyemarakkan lagi industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pendemik Covid 19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca