Shuib teruja, tidak sabar menatap wajah Ayash Affan

SHUIB - SITI SARAH
SHUIB - SITI SARAH
A
A
A

SUAMI kepada Allahyarham Siti Sarah, Shuib Sepahtu berkongsi rasa terujanya untuk bertemu dan menatap wajah cahaya mata keempatnya, Ayash Affan buat pertama kali hari ini.

Putera yang ditinggalkan Allahyarham isterinya sebelum meninggal dunia pada Isnin lalu itu kini berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia selepas dilahirkan pramatang menerusi pembedahan.

“Insya-ALLAH, kalau ada rezeki saya akan bertemunya esok (hari ini). Apabila doktor memberikan kebenaran untuk saya menatap wajahnya, perasaan saya bercampur baur.

“Bila dapat kebenaran itu, saya memang teruja dan seronok sangat. Pada hari pemergian Sarah lagi saya ada buat permintaan nak tengok tapi tak dapat. Jadi, esok (hari ini), insya-ALLAH.

“Dalam masa sama, saya juga berasa sedih kerana mengenangkan ibunya tidak sempat tengok dan sentuh dia pun. Nyawa isteri diambil selepas memberikan hadiah istimewa kepada saya dan anak-anak lain,” luahnya sebak selepas selesai majlis bacaan Yasin dan tahlil secara maya yang diadakan untuk Siti Sarah pada Selasa.

Menurut Shuib, 37, sebelum ini dia sentiasa setia menemani Allahyarham Sarah saat melahirkan ketiga-ketiga anak mereka sebelum ini, tetapi tidak untuk kali ini.

Isterinya ditidurkan dan menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan anak yang dikandung ketika itu.

“Betullah dia nak bagi hadiah yang memang istimewa untuk saya. Dia mengandungkan, pilih nama, malah dia juga pilih tarikh 30 September (tarikh sepatutnya anak keempat dilahirkan), tapi tak sempat tarikh itu.

“Dia beri hadiah itu tanpa dia tengok dan sentuhpun. Dia hadiahkan bulat-bulat untuk saya, sampai nyawa pun pun bagi,” ujar Shuib.

Tambahnya lagi, dia juga berhasrat untuk bercakap tentang kegembiraannya bertemu anak mereka, Ayash Affan, kepada Allahyarham Sarah nanti.

“Saya memang selau bercakap dengan Sarah kerana merasakan dia sentiasa ada, cuma saya sahaja tidak dapat melihatnya,” katanya.

Shuib dan Sarah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca