Siaran langsung Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2021 di RTM

Badminton Indonesia Masters 2021
Badminton Indonesia Masters 2021
A
A
A

ISTIMEWA buat peminat badminton tanah air, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membawakan secara langsung Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2021 yang kini sedang berlangsung di Bali International Convention Centre, Indonesia.

Ikuti siaran tersebut bermula pada peringkat kedua (round 16) pada 18 November sehingga peringkat akhir pada 21 November depan menerusi saluran Sukan RTM (Myfreeview 111), TV Okey (Myfreeview 123 / Astro 146) dan juga RTMKLIK rtmklik.rtm.gov.my.

Kejohanan kali ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton dan hanya akan disiarkan di kaca TV sahaja.

Perlawanan peringkat kedua akan disiarkan bermula jam 12 tengah hari di TV Okey dan Sukan RTM, Suku Akhir (19 November/1 tengah hari), Separuh Akhir (20 November/12 tengah hari) dan Akhir  (21 November/1 tengah hari).

Seramai 256 atlet badminton dari seluruh dunia dengan ranking tertinggi bakal sertai kejohanan kali ini dan Malaysia juga tidak ketinggalan.

Pemain Malaysia yang disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain-pemain profesional bakal memberikan aksi terbaik mereka dalam kejohanan Indonesia Masters ini.

Perseorangan lelaki negera diwakili Lee Zii Jia dan Liew Daren, manakala Beregu Lelaki pula ialah Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Goh V Shem/Low Juan Shen, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi dan Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong.

Diikuti Beregu Wanita yang diwakili oleh Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Lee Meng Yean/Yap Cheng Wen dan Vivian Hoo/Lim Chiew Sien.

Sementara Beregu Campuran pula menyaksikan gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Chen Tan Jie/Peck Yen Wei, Hoo Pang Ron/Cheah Yee See, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca