#SiBibirMerah: Warganet sokong tindakan nekad Puteri Sarah saman, perjuang hak wanita
TINDAKAN pelakon, Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang mengganggu rumah tangganya disokong ramai.
Bibir Merah benar-benar mengagumi semangat kisah Puteri Sarah yang berdiri teguh demi diri dan anak-anak. Empat tahun menderita kerana kehadiran orang ketiga, dia sangat tabah.
"Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam bertindak segera. Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman," katanya menerusi Instagram.
Selain menuntut keadilan buat keluarga, Puteri Sarah mengatakan tindakannnya adalah untuk menyelamatkan rumah tangga dan memperjuangkan hak wanita teraniaya.
"Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya. Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?
"Ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.
"Insya-ALLAH selepas ini, siapa yang mahu 'menyondol', mungkin lebih berhati-hati.
"Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.
"Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling," katanya.
Baca juga [VIDEO] Tampil cantik tanpa solekan, ramai peminat puji Lisa Surihani
Terdahulu, Bibir Merah mendengar perkongsian daripada Peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf. Memang ada peruntukan undang-undang untuk isteri yang menjadi mangsa orang ketiga.
Tiga jenis kesalahan yang boleh disaman kepada orang ketiga adalah seperti menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut, memaksa atau memujuk suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab.
Dari segi hukum syarak, orang ketiga ditakrifkan sebagai sebagai perosak rumah tangga dan hukumnya haram kerana memutuskan silaturahim di antara suami isteri.
Si Bibir Merah: Harap wanita semua mengetahui hak masing-masing selepas rumah tangga diceroboh. Jangan hanya menyerah kalah dan jaga hubungan dengan keluarga mertua. Anak-anak bergantung kepada kita, fight habis-habisan...
Baca juga Muncul live di TV buat ramai sebak, Instagram Rossa Sera 'diserbu'
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang