SETELAH kejayaan pementasan teater bangsawan Indie, Raja Bersiong pada tahun lalu, Revolution Stage dan Live In My Poetry kini kembali dengan naskhah Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah.

Skrip terbaharu karya Khairunazwan Rodzy itu membawakan kisah Puteri Gunung Ledang melalui penceritaan yang membawa fokus lebih kepada kisah rombongan Sultan Mahmud dan kajian yang lebih kepada keperibadian serta latar belakang puteri tersebut yang terkait dengan konsep sufisme.

Menurut Khairunazwan, yang juga merupakan pengarah bersama teater ini dengan Rahim Jo, jalan cerita itu menjadi pilihan kerana ingin masyarakat lebih mengenali Puteri Gunung Ledang atau nama islamnya, Siti Djamilah, dari sudut berbeza berbanding penceritaan yang sering didengari.

“Saya merasakan ia adalah salah satu sudut penceritaan yang masih ramai belum tahu.

“Walaupun kita tahu kisah Puteri Gunung Ledang memang terkenal, tapi penceritaan dan skrip yang saya cuba sampaikan akan membawa satu pengalaman dan pengetahuan yang baharu kepada penonton,” ujarnya.

Teater bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah akan membawakan lebih daripada 15 pelakon muda dan berpengalaman untuk pementasan ini. Antaranya termasuklah Aloeng Silalahi, Kyra Sabri, Jasni Fizul dan ramai lagi.

Iklan

Naskhah yang menerima Insentif Seni (Kewangan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan The BOH Cameronian Grants for New Productions 2022 daripada Kakiseni itu bakal dipentaskan di Studio Revolution Stage, Bandar Utama pada 17-28 Mei, selain pementasan secara atas talian.

(FOTO: REVOLUTION STAGE)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi