Siti Nurhaliza imbas pengalaman nyanyi di berek polis

A
A
A

PENYANYI Datuk Sri Siti Nurhaliza hari ini, menyambut ulang tahun yang ke- 25 di dalam industri.

Dia yang kini sarat hamil telah menghadiahkan sesuatu yang istimewa pada tarikh ini dengan melancarkan sebuah album lagu kanak-kanak berjudul Legasi.

Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd ini diedarkan secara digital dan juga album fizikal.

Menurut Siti, penerbitan album kanak-kanak ini merupakan usahanya bagi melestarikan lagu kanak-kanak klasik supaya terus diingati dan menjadi warisan bagi generasi akan datang.

Siti berpendapat lagu atau muzik kanak-kanak mempunyai impak positif bagi membantu perkembangan dan pembelajaran. Kanak-kanak dilihat lebih cepat dan peka mempelajari bahasa, kreativiti, motivasi dan tunjuk ajar.

"Apa yang penting adalah mesej yang kita sampaikan di dalam sesebuah lagu . Anak-anak ini akan cepat belajar dan memahami, justeru dalam lirik lagu kanak-kanak termasuk olahan lirik terbaharu, saya memberikan mesej yang baik serta berguna," ujar penyanyi berusia 42 tahun ini.

Single Medley Klasik Siti 1 merupakan lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan oleh Siti bersama rakan-rakan sewaktu tinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang.

Nostalgia puluhan tahun lalu diabadikan di dalam sebuah lagu dan berharap agar anakanda Siti Aafiyah akan turut mengenal lagu zaman kanak-kanaknya.

Bagaimanapun Siti berharap agar album Legasi tidak disamakan dengan album komersial yang lain.

Baca juga Saya dedikasikan muzik video Kuasa Cintamu buat anakanda saya – Siti Nurhaliza

Penerbitan sebuah album komersial pasti tidak sama dengan album kanak-kanak yang lebih santai  dan tentunya berbeza dalam banyak aspek serta pemilihan.

Namun apabila mendengar album ini, Siti yakin usahanya tidak sia-sia kerana Legasi menampilkan keistimewaan yang tersendiri.

"Saya tetap mengutamakan kualiti muzik, bunyi dan gubahan yang baik dalam sesebuah lagu dan album Legasi mempunyai keseronokan yang tersendiri sewaktu di dalam studio.

"Apa yang penting, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja dan usaha yang dibuat oleh Pown Hasril selaku penerbit bersama pasukan kerjanya," tambahnya.

Siti Nurhaliza imbas pengalaman nyanyi di berek polis

Album Legasi mengandungi tujuh buah lagu dan mempunyai 10 buah trak termasuk interlud.

Di dalam album ini, Siti turut menghasilkan sebuah lagu buat anak yang bakal dilahirkan berjudul Anakanda.

Baca juga Album kanak-kanak dan produk BeauKids, dedikasi Siti Nurhaliza buat anak

Sebuah lagi lagu ciptaan beliau sebelum ini iaitu Comel Pipi Merah turut dimuatkan di dalam album ini.

Lain-lain lagu adalah Anakku Sayangku (lagu asal Anakku Sazali), Medley Klasik Siti 2, Bintang Kecil dan Burung Kakak Tua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca