JENAMA pencipta kediaman sihat (Healthy Home Creator), Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (Cuckoo International) bakal tampil dengan Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Oktober depan.

Konsert istimewa itu bakal menyaksikan penampilan penyanyi tersohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan bintang popular Korea Selatan, Lee Minho selaku duta jenama,

Tidak hanya itu, ia turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Aina Abdul, Hael Husaini, Dolla, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International, KC Hoe, menyifatkan ini adalah masa yang tepat bagi pihaknya menganjurkan sebuah konsert bagi meraikan semangat rakyat Malaysia selepas melalui fasa pandemik.

“Konsert ini juga diadakan bagi memberi penghargaan atas sokongan keluarga Cuckoo, pelanggan dan peminat-peminat kami selama ini. Tiadanya anda, tiadanya Cuckoo.

“Konsert ini bukan sekadar konsert ulang tahun sahaja, tetapi ia juga merupakan sebuah konsert penghargaan dan merupakan hadiah daripada kami kepada semua. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda,” katanya.

Iklan
Pada awal tahun ini, Cuckoo telah melantik artis Korea Selatan terkemuka, Lee Minho sebagai duta jenama terbaharunya di samping mengekalkan Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai memiliki kediaman lebih sihat.

Tiket Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th boleh didapati menerusi penyertaan Peraduan Cuckoo Appreci8th sebelum 14 September 2022 atau dimenangi menerusi peraduan serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh rakan media rasmi konsert seperti Era, Gegar, Sinar dan Zayan.

Iklan

Pada awal tahun ini, Cuckoo International telah melantik artis Korea Selatan terkemuka, Lee Minho sebagai duta jenama terbaharunya di samping mengekalkan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai duta bagi mewakili Cuckoo untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia.

Maklumat lanjut tentang Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th boleh didapatkan menerusi pautan https://www.cuckoo.com.my/appreci8th.