PENYANYI Datuk Seri Siti Nuraliza kini tampil dengan koleksi kosmetik baharu di bawah jenama SimplySiti yang dilancarkan pada Khamis.

Berkonsepkan Simplysiti For All, Siti, 42, yakin rangkaian kosmetik terbaharu itu akan dapat memenuhi citarasa ramai.

“Koleksi baharu ini tampil dengan  rona-rona warna yang bersesuaian untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur bagi penggemar-penggemar kosmetik yang inginkan penampilan matte semulajadi,” katanya yang juga merupakan Presiden Simply SS Trading Sdn. Bhd.

Rangkaian kosmetik terbaharu itu menampilkan koleksi solekan yang terdiri daripada SimplySiti 2-way Cake, Compact Powder, Loose Powder, Cushion Foundation, Liquid Foundation dan Powder Blush.

Diikuti rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu matte, semi-matte dan moist, 9 in 1 Eyeshadow, SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara, Eyeliner dan Eye Brow Pencil dalam rona hitam dan coklat serta Micellar Water.

Dalam pada itu, Siti turut teruja untuk memperkenalkan wajah baharu SimplySiti yang akan bersama-samanya untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti akan datang.

 

Gadis bertuah yang terpilih untuk menggalas tanggungjawab tersebut ialah Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, yang berjaya menjadi top finalist melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti pada Jun lalu.

Iklan

Zahra yang merupakan pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM dan berasal dari Kuala Lumpur itu bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.

“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi top 4 dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.

Iklan

“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza. Pastinya saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” kata anak sulung daripada dua beradik itu lagi.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.

Dalam masa sama, jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Siti yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.