TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Siti Sairah Taruddin yang baharu menimang anak kelimanya.

Berkongsi berita gembira menerusi laman sosial TikTok, adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu turut memuat naik perjalanan kelahiran bayi lelakinya di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, saya telah melahirkan anak pada tanggal 8 Ogos 2023.

“Syukurku Ya ALLAH, semuanya dipermudahkan,” titipnya.

Dalam hantaran sama, Sairah, 40, memaklumkan kehamilan kali ini mencabar.

“Sepanjang tempoh mengandungkan anak kecil ini ada dugaan dan cabaran. Tetapi Alhamdulillah ALLAH menyempurnakan semuanya.

“Pengalaman pertama buat saya melahirkan anak secara pembedahan. Saya berusaha juga untuk melahirkan secara normal tetapi kali ini adik baby mahu keluar menerusi tingkap pula. Rezeki hero walid dan ibu,” kongsinya.

Baca juga: ‘Patutlah anak semua cantik’-Tokti kongsi foto 3 beradik bersama ibu curi perhatian

Berkongsi telah dimasukkan ke wad pada tepat jam 12.00 pagi, peserta Family Duo dan One in a Million itu turut berterima kasih kepada doktor dan warga maya atas kiriman doa.

“Terima kasih atas doa kalian, hanya ALLAH SWT dapat membalasnya.

“Terima kasih @msumcmalaysia memberi layanan yang bagus bagus dan terbaik. Terima kasih tidak terhingga buat doktor @noornezaabdulrahman dan Dr Fadzlon,” tambahnya.

Sairah berkongsi berita kehamilan kelimanya semasa menyertai program realiti Famili Duo bersama kakak, Siti Nursairah Tarudin.

Iklan

Sebelum itu, ibu kepada lima cahaya mata ini pernah mengalami dua kali keguguran yang mana kali terakhir adalah pada awal 2022.

Baca juga: ‘Terima kasih isteri atas anugerah ini.’ Nadzmi Adhwa sambut sendiri anak kedua, keluarkan uri ketika Ardell Aryana bersalin

Sairah memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu iaitu Ummi Umaira, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy

Iklan

Menerusi perkahwinan keduanya pada 24 Februari 2018 bersama Mohd Sharidan Johari, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha.

Baca juga: Comel persis bonda, puteri kedua Che Puan Juliana Evans jadi tumpuan warganet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!