COMEL sungguh anak kedua pelakon dan pengacara, Yang Berbahagia Che Puan Juliana Evans ini.

Selamat diputerakan pada 17 Jun 2023 lalu, Yang Mulia Tengku Saidatul Ihsan Putri binti Tengku Shariffuddin Shah mencuri tumpuan para peminat bondanya.

Bakal mencecah usia dua bulan tidak lama lagi, perkongsian foto oleh Juliana menguja para peminat.

“Sebulan setengah selepas melahirkan anak kedua. Menjadi ibu kepada dua cahaya mata menjadikan saya mampu melakukan pelbagai tugas!

“Melihat si kecil membesar dengan sihat setiap hari adalah pemandangan terbaik,” ujarnya.

Baca juga: Juliana Evans selamat bersalin, timang anak perempuan kedua

Pelakon Hantu Bonceng dan Mael Lambong itu terdahulu memiliki cahaya mata sulung, Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri yang kini berusia empat tahun.

Beliau berkongsi keterujaan Tengku Kamiliah atau mesra disapa Mily yang gembira menerima kehadiran adik.

Aktres yang memiliki sarjana dalam bidang perfileman, video dan media dari Western Michigan University, Amerika Syarikat itu menzahirkan rasa tidak sabar melihat kedua-dua cahaya matanya membesar dan menjadi akrab.

Baca juga: Si comel berlesung pipit pelengkap cinta Fizo & isteri, Wan Umaira ‘kembar tahun’ Wan Khaleeda

“Mily tidak dapat berenggang dengan adiknya. Dia sangat teruja bergelar kakak.

“Tidak sabar untuk melihat kedua-duanya membesar dan bermain bersama tidak lama lagi,” titip Juliana.

Kecomelan si manis Tengku Saidatul Ihsan Putri mencuri tumpuan warganet selepas foto dan videonya dimuat naik.

Baca juga: ‘Terima kasih isteri atas anugerah ini.’ Nadzmi Adhwa sambut sendiri anak kedua, keluarkan uri ketika Ardell Aryana bersalin

Mewarisi darah kacukan daripada ayahanda dan bonda, ramai mengatakan si kecil itu salin tidak tumpah Juliana.

Ujar mereka:

– “Masya-ALLAH very beautiful baby.”

– “Comelnya, cantik ikut mommy.”

Iklan

– “Copy paste mommy.”

– “Alahai comelnya, macam anak patung.”

– “Subhanallah. So beautiful, like mom.”

– “Subhaanallah, jameel. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.”

– “Comelnya Masya-ALLAH!!! Yesss second child exactly looks like you sis @julianaevans, congratulations!”

– “Masya-ALLAH cantiknya. Copy paste mama.”

Iklan

Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj pada April 2017.

Tengku Shariffuddin ialah anakanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puan Laksamana Selangor Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar.

Baca juga: Che Puan Juliana Evans tak betah duduk diam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang