'Spider-Man: No Way Home' catat sejarah tersendiri

A
A
A

Spider-Man: No Way Home muncul filem pertama di dunia dengan jualan tiket melebihi AS$1 bilion ketika pandemik Covid-19 melanda, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan angka studio dikeluarkan firma tinjauan Comscore pada Ahad.

Filem adiwira terbitan Columbia Pictures dan Marvel Studios serta diedarkan Sony Pictures Releasing itu menduduki tangga teratas box office Amerika Utara bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Anggaran kutipan bagi tempoh tiga hari tayangan mencapai AS$81.5 juta, dan Amerika Utara menyumbang AS$467.33 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan kutipan mencecah AS$1.05 bilion hingga Ahad.

Ia merupakan filem terlaris pada 2021, mengatasi epik perang China The Battle at Lake Changjin, yang telah mengaut lebih AS$902 juta setakat ini.

Diadaptasi menerusi watak komik Marvel Spider-Man, filem terbaru Marvel Cinematic Universe itu merupakan sekuel kepada Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home.

Filem arahan Jon Watts itu menjadi filem ketiga Tom Holland memegang watak Spider-Man. Selain itu, ia turut dibintangi  Zendaya, Benedict Cumberbatch, Jacob Batalon, Jon Favreau dan Marisa Tomei.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca