Squid Game lakar sejarah lagi

A
A
A

SIRI televisyen popular dunia, Squid Game terus melakar sejarah tersendiri apabila memenangi tiga trofi di Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) 2022 pada Isnin.

Pada acara berprestij itu, pelakon utamanya iaitu Lee Jung-jae dinobatkan Pelakon Drama Bersiri Lelaki Terbaik manakala HoYeon Jung pula dipilih memenangi Pelakon Drama Bersiri Wanita Terbaik selain drama berkenaan diangkat sebagai Ensemble Drama Bersiri Televisyen Terbaik.

Lee Jung-jae terkejut sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang.

Kemenangan itu mencatat sejarah buat Squid Game kerana menjadi siri televisyen bukan berbahasa Inggeris pertama dalam sejarah penganjuran yang berjaya memenangi kategori utama.

squid gameSquid Game bakal kembali dengan musim kedua tidak lama lagi.

SAG Awards 2022 berlangsung di Barker Hangar, Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Acara berkenaan merupakan antara yang berprestij di peringkat antarabangsa selepas Academy Awards dan British Academy Film Awards.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca