BARU sahaja beberapa hari ditayangkan di Netflix, drama ini sudah menggunguli carta dengan meraih tempat pertama dalam senarai Top 10 TV Show.

Malah ia difahamkan mengalahkan dua drama dikira hebat sebelum ini iaitu Hometown Cha-Cha-Cha dan Money Heist.

Memetik Korea Herald, drama ini kini nombor satu di Korea Selatan dan 13 buah negara lain termasuk Singapura dan Vietnam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Walaupun tajuknya ‘keanak-anakan,’ ia sama sekali tidak sesuai untuk ditonton kanak-kanak. Bahkan ia dikategorikan sebagai survival thriller yang mendebarkan dari awal hingga akhir.

Sekiranya korang terjerat dengan hutang keliling pinggang, sanggupkah anda sertai game kanak-kanak kalah mati demi memenangi wang jutaan ringgit?

Seramai 456 ‘peserta’ yang terperangkap hutang perlu bersaing di dalam cabaran yang misteri dan menakutkan berbentuk permainan kanak-kanak. Kepada yang menang, wang sebanyak $45.6 won akan dimenangi.

Nama Squid Game asalnya dari permainan tradisional popular dari Korea yang dimainkan di atas padang yang dilukis dengan bentuk sotong.

Drama ini bermula dengan kisah Seong Ki-Hoon, seorang duda yang hidup dikelilingi hutang. Suatu hari, Ki-Hoon didatangi oleh seorang lelaki yang mengajaknya bermain ‘ddak ji’ (flipping card game) di dalam kereta api.

Walaupun ditampar berkali-kali setiap kali kalah, dia sangat teruja kerana diberikan wang tunai apabila menang.

Lelaki itu pun mengundangnya untuk menyertai Squid Game untuk memenangi lebih banyak wang.

Tertekan dan memerlukan wang demi mendapatkan hak penjagaan anaknya, Ki Hoon menyertai Squid Game tanpa berfikir panjang.

Setibanya Ki-Hoon di lokasi pertandingan yang tidak diketahui, dia mendapati bajunya sudah ditukarkan kepada pakaian sukan serba hijau gelap dengan nombor badan 456. Rata-rata peserta mempunyai latar belakang yang sama iaitu bebanan hutang yang cukup tinggi.

Namun pada awalnya mereka tidak tahu yang nyawa mereka dipertaruhkan melalui permainan kanak-kanak seperti Red Light Green Light.

Maka bermulalah penyingkiran demi penyingkiran dengan mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan wang kemenangan.

Berikut ialah 10 fakta mengenai Squid Game yang tidak diketahui ramai:

1. Pengarah, Hwang Dong-hyuk berkata ‘Squid Game’ diilhamkan oleh manhwa (komik Korea) yang dibacanya.

2. Penggambaran Squid Game dimulakan pada 17 Jun 2020. Namun, ia harus dihentikan pada bulan Ogos 2020 kerana penularan wabak Covid-19 di Korea Selatan. Penggambaran disambung semula pada bulan September 2020.

3. Kelihatan seperti ‘green screen,’ namun drama ini menggunakan set sebenar. Saiz dan perinciannya sama seperti yang dipaparkan dalam drama berkenaan.

Iklan

4. Menurut Dong-hyuk, hanya sedikit efek imej janaan komputer atau CGI digunakan dalam penggambaran.

5. Patung dalam drama tersebut dicipta dengan saiz sebenar.

6.Selain set lakonan yang real, seramai 456 pelakon terlibat dalam Squid Game. Menurut Dong-hyuk semasa proses penyingkiran, set menjadi sunyi dan kelihatan kosong.

7.Pemilihan warna seragam hijau untuk pemain dan merah bagi pengurus dipilih dengan teliti. Kata Dong-hyuk kontras warna itu menggambarkan penghapusan dan perjuangan para peserta.

 


8.Sejak mula ditayangkan, ramai penonton yang menyamakan Squid Game dengan filem Jepun bertajuk As The Gods Will.

Iklan

9.Skrip Squid Game difahamkan telah lama siap iaitu pada tahun 2009 tetapi tidak diterbitkan kerana konsep survival thriller sukar diterima ketika itu.

10.Berbanding drama Korea yang mempunyai 16 episod, drama Squid Game hanya bersiaran sehingga sembilan episod sahaja.

Ramai yang meramalkan Squid Game musim kedua akan diwujudkan memandangkan watak Ki Hoon baru sahaja mengetahui warga emas yang menjadi rakannya ialah pencipta game berkenaan.

Bagi korang yang menonton episod pertama pasti tidak sabar untuk menekan ‘next episode’ kerana rasa ingin tahu yang selepas setiap episod berakhir.

Persoalan yang bermain dalam fikiran penonton tentunya tentang penganjur permainannya tersebut dan siapa yang akan memenanginya.

Sumber: purewow.com, Korea Herald, Netflix Korea