Suami Anita Baharom meninggal dunia

A
A
A

PELAKON, Anita Baharom berkongsi berita duka di awal pembuka tahun 2022 apabila suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai pemergiaan suaminya itu, namun difahamkan, Allahyarham yang mempunyai penyakit kencing manis dijumpai tidak sedarkan diri di ruang bawah rumah mereka.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).

“Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” kongsinya menerusi medium media sosial.

Gambar kenangan Allahyarham bersama Anita dan anak-anak.

 

Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Anita iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Berita lanjut menyusul….

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca