"Sudah sudahlah... arwah bukan lagu untuk didendang"

A
A
A

KEMATIAN merupakan perjalan terakhir setiap insan yang dilahirkan di atas muka bumi ini tanpa berkecuali.

Kematian juga merupakan peralihan untuk menuju alam abadi bagi umat Islam dan mendapat tempat yang

selayaknya di sisi ALLAH sama ada syurga atau neraka.

Kita sebagai manusia yang masih diberi kesempatan untuk hidup, sudah seharusnya selalu mendoakan orang yang sudah meninggal dunia agar diberi tempat terbaik di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.

Pemergian seseorang yang tercinta itu amat perit untuk diterima. Segala kebaikan si mati juga turut bertali

arus diceritakan keluarga dan rakan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun menurut penerbit dan pengarah, Jinggo, beliau menyeru orang ramai supaya tidak berlebih-lebihan

bercerita tentang individu yang telah meninggal dunia.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Azman Yahya itu kecewa apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menjaja kisah-kisah mereka yang telah pergi demi kepentingan peribadi.

Menurut Jinggo, pada awalnya semuanya nampak indah namun apabila segalanya sudah habis dijaja, bermulalah

keburukan si mati akan diperkatakan.

"Sudah sudahlah... arwah bukan lagu untuk didendang. Arwah bukan drama untuk diulang tayang. Cukuplah sehari dua berkongsi duka menzahirkan cinta mengenang jasa. Sudah sudahlah semua sebelum sampai masa kita pula.

"Berhenti. Cukup-cukuplah korang muat naik gambar dan video arwah. Atas tujuan apa? Nak simpati? Nak naikkan followers kat FB, IG? Tau tak kenapa korang kena berhenti?

"Sebab bila habis kecantikan arwah dijaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita. Bila habis kebaikan arwah di dewa dewa, keaiban arwah pula akan bermula.

"Berhenti sekarang, biarkan arwah damai di sana," katanya.

sheila rusly jinggo

Menjengah ruangan komen, warga maya turut meninggalkan pelbagai reaksi dan ada antara mereka bersetuju

dengan pendapatnya bagi membuka mata semua pihak.

"Saya setuju! Sebab macam makin overact plak. Cukuplah doakan arwah di sana. Kadang-kadang nampak macam nak publisiti lebih."

"Arwah dah bahagia.. jom kita pulang. Kita bermula dari sekarang untuk mencipta bahagia seperti arwah."

Baca juga Penghijrahan ini bukan kerana pengaruh daripada sesiapa – Ippo Hafiz

"Setuju. Kami yang elok tak anxiety boleh jadi paranoid takut sebab fikir eh dah cukup baik ke jadi isteri.

Dah cukup ke amalan. Dah cukup ke kebaikan. Sebab ulang ulang tengok video sama. Yes arwah antara yang terpilih terbaik yang kita boleh contohi. Tapi rasanya cukuplah videonya. Ia menambah kesedihan kepada yang melihatnya. Kami pun sayang arwah. Kami pun nak menjadi sepertinya andai ada rezeki kami."

"Selama ini memang terasa sedih bila orang buat video atau lagu kaitkan arwah. Arwah tak nak pun benda tu. Kita dah meninggal nanti kita hanya nak orang bacakan Yasin atau Al-Fatihah."

"Kalau ada pun kebaikan yang dia buat, biarlah hanya dia dan ALLAH je yang tahu. Tak perlu la nak

diperkatakan lagi. Kalau rindu atau teringat, sedekahkan Al-Fatihah."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca