Sumbangan cecah RM20,000, Emma Akma hargai walau RM1
PELAKON, Emma Akma menyifatkan kanser dalam perut dan cyst pada kir serta kanan ovarinya merupakan satu ujian besar buatnya.
Tidak mengeluh dengan ujian yang diberikan, pemilik nama sebenar Noorakma Yunus itu turut terharu dengan sumbangan lebih RM20,000 yang diterima setakat ini.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang sudi menderma sehingga berjaya mendapat RM20,000 dalam tempoh empat hari.
“Walau RM1, saya hargai sangat-sangat kerana ia mampu menyelamatkan nyawa saya. Sekali gus membuatkan saya lebih bersemangat untuk melawan kesakitan ini,” katanya yang turut dihubungi Institut Kanser Negara (IKN) yang menawarkan pemeriksaan untuknya.
Pelakon berusia 52 tahun itu sebelum ini mendedahkan dia memerlukankan sekitar RM50,000 bagi menjalani pembedahan.
Emma berkata, dia kini berharap dapat menjalani pembedahan secepat mungkin memandangkan ketumbuhan di ovarinya itu boleh meletup bila-bila masa dan boleh membawa maut.
“Sekarang saya mahu fokus untuk segerakan pembedahan dengan wang yang ada. Kalau ditangguh, ketumbuhan itu boleh pecah bila-bila masa dan membawa maut,” jelansya.
Terdahulu, Emma menerima kunjungan daripada wakil kumpulan artis veteran, Tukiman Radion dan Norlydiawati Shahibullah yang menyumbangkan wang berjumlah RM1,050.
Pelakon terbabit masih berharap dapat mengumpul sumbangan bagi mencapai kos yang diperlukannya. Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Maybank 162209987311 (Noorakma Yunus).
SUMBER : MEDIA HIBURAN
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang