BARU-baru ini suami kepada pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam, Datuk Nor Azam Sulaiman telah dijangkiti Covid-19.

Walaupun telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah 21 Julai lalu, Rebecca bercerita kini suaminya berhadapan kesakitan pada bahagian pinggang yang melampau.

Jelas ibu kepada lapan cahaya mata itu, kesakitan tersebut mula dirasai dua hari lalu sebelum menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Khamis.

“Sang cinta suamiku @azambecca tibatiba susah nak jalan disebabkan pinggangnya sangat sakit.

“Dua hari lepas dia sudah rasa something dengan pinggangnya, tapi tetap cuba kuatkan diri.

“Tapi semalam tiba-tiba macam susah hendak berjalan pula dan terus bawanya check ke hospital. Risau…

“Tidak tahu nak cakap apa punca. Mungkin ke selepas baik dari Covid-19 stage 4-5 hari itu ada kesan sampingan?,” luah Rebecca di Instagram.

Iklan

Dalam hantaran yang sama, beliau berkongsi video suaminya telah disorong menaiki kerusi roda.

“Doktor bagi ubat untuk seminggu tengok macm mana. Sebab secara jujurnya suami saya memang tidak suka pergi hospital dan apa lagi masuk hospital.

“Insya-ALLAH semoga baik dan sakit ini biasa biasa sahaja ya sayang. Tapi itulah, bangun susah dan nak jalan harus ada tongkatnya. Allahuakbar,” kongsi Rebecca.

Iklan

Terdahulu, Rebecca memaklumkan dia dan suami termasuk enam anak telah dijangkiti Covid-19 pada 8 Julai lalu.

Sumber: Instagram @rebeccanuralislamahmad