Syamel, Ernie kongsi nama anak

A
A
A

SETELAH lapan hari dilahirkan, pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri berkongsi nama puteri sulung mereka kepada umum.

“Selamat datang ke dunia Nur Khawla Soleha.

“Semoga menjadi anak yang solehah daddy dan ibu, membesar dengan penuh keberkatan serta rahmat Allah SWT,” tulis penyanyi Aku Cinta itu menerusi Instagram masing-masing.

KHAWLASyamel dan Ernie memilih untuk merahsiakan dahulu wajah puteri sulung mereka.

Bagaimanapun pasangan romantis itu masih belum berkongsi wajah anak kesayangan mereka lagi.

Khawla selamat dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan ibu negara pada jam 10.14 pagi, 22 Februari lalu.

Sekadar info, Syamel dan Ernie diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pada 26 Mac 2021 selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca