Syamsul enggan ‘lepas’ percaya ada sinar berdamai, peguam dakwa Puteri Sarah pernah jadi mangsa pukul

A
A
A

PENGARAH filem terkenal, Syamsul Datuk Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana menjadi tumpuan ramai selepas muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dua figura popular itu terdahulu menjadi perhatian selepas kemelut rumah tangga mereka tular sehinggga permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hadir dalam sebutan kes permohonan cerai pada 7 Mac, Syamsul dilaporkan enggan menceraikan ketika prosiding.

Baca juga: Suami enggan lafaz talak, adakah selamanya isteri tidak akan dapat bercerai? 20 info wanita perlu tahu

Menerusi temu ramah media sejurus keluar dari dewan bicara, Puteri Sarah Liyana, 38, mendedahkan punca suaminya tidak mahu ‘melepaskannya.’

“Sarah tak nak buka cerita tapi bila tadi dia tak nak melepaskan Sarah, dia kata masih ada sinar. Sinar apa, Sinar Harian?

“Dia tak mahu lepaskan Sarah kerana berasa boleh berdamai lagi dan dia kata masih ada sinar. Sedangkan Sarah masuk hospital hari tu pun tidak jenguk atau tanya khabar. Sinar apa? Sinar Harian?

“Saya tidak tahu kenapa dia buat macam tu. Sarah sangat terkejut kerana dia pun sudah setahun block Sarah sebelum ini dan setahun tidak berjumpa dengannya. Selepas setahun, ini pertama kali berjumpa. Apa yang ada sinar lagi? Just let me go,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah bahawa Syamsul didakwa memukul isterinya itu pada tahun 2020.

Ketika prosiding sebutan kes permohonan cerai, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, kejadian itu memaksa Puteri Sarah keluar daripada rumah yang diduduki.

Baca juga: Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Baca juga: Ini maksud menghina mahkamah, Puteri Sarah dibenar mula prosiding terhadap Ira Kazar dan keluarga

Kata Akberdin, Puteri Sarah hanya pulang semula ke rumah itu selepas dipujuk kedua-dua mentuanya.

Usaha wartawan mendapatkan kenyataan daripada Syamsul gagal apabila pengarah Mat Kilau itu bertindak mengunci mulut. Apabila ditanya tentang dakwaan memukul, pengarah itu dilihat menggelengkan kepala.

Syamsul atau nama penuhnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, selaku defendan diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Pada 6 Januari lalu Syamsul mendedahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang permata hati iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Sinar.my, Sinar Harian

Baca juga: #SiBibirMerah: Wanita, tabah lalui penceraian, ketahui hak yang boleh dituntut

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca